Friday, 26 July 2013

[5] Gambar Buaya Gergasi Mati Di Kuala Selangor 25 Julai 2013

// // Leave a Comment
Gambar penemuan buaya gergasi mati di Kuala Selangor pada 25 Julai 2013. Menurut penduduk di kampung berkenaan, berbuaya bersaiz gergasi itu dilaporkan sudah tidak bernyawa dan ditemui di Kampung Bukit Belimbing , Sungai Batang berjuntai Kuala Selangor. Bangkai buaya tersebut terpaksa diangkut dan dialih menggunakan Kren pada petang tadi untuk mengelakkan bangkai tersebut menjadi busuk. Apapun, saiz buaya yang ditemui itu memang agak besar walaupun ianya sudah menjadi bangkai. Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

Gambar Penemuan Buaya Gergasi Kuala Selangor




Petikan Akhbar Penemuan Buaya Di Kuala Selangor

Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing. Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui. Untuk laporan, tidak pernah berlaku kejadian keganasan buaya yang menyebabkan kematian direkodkan setakat ini.







Sumber

0 comments:

Post a Comment