AIDCNews – 08/06/13 – Mula-mula kononnya mahu menentang pencerobohan Gezi Park, Taksim Square, akhirnya terserlah niat sebenar dalang demonstrasi di Turki iaitu mahu menggulingkan kerajaan melalui modus operandi tajaan CIA – Kuasa Rakyat.
Ikhwan Muslimin Mesir dilaporkan ibtimes.co.uk menyifatkan protes itu sebagai protes anti-Islam untuk menjatuhkan parti Islam yang mentadbir Ankara, AKP pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.
Menurut portal itu protes di Turki bermula dari satu ‘perhimpunan aman’ terhadap rancangan pembangunan semula taman (Gezi Park) oleh Erdogan, kini berlarutan hingga ke hari ini menjadi perhimpunan anti-kerajaan.
Erdogan sudah menjawab bahawa projek Gezi Park bukan pemusnahan tetapi pembangunan dan pemeliharaan taman bersejarah itu, namun bukan persoalan taman yang dikehendaki oleh dalang demonstran. Taman hanya pencetus, dalang itu mahu menggulingkan Erdogan melalui demonstrasi jalanan.
Poster-poster Erdogan digambarkan berwajah mirip Nazi ditampal di merata-rata tempat dengan menggelarkan beliau sebagai ‘The Dictator’
Alaa Abul-Nasr, pemimpin Parti Kemajuan dan Pembangunan berkata pusingan terbaru protes adalah daripada “pemberontakan penagih alkohol”.
Ia merujuk kepada polisi-polisi baru kerajaan Erdogan yang menghadkan penjualan arak, larangan bercium di tempat awam, isu pendidikan dan lain-lain lagi.
“Sekurang-kurangnya tiga penunjuk perasaan telah terbunuh di Turki dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan anti kerajaan di bandar-bandar utama di seluruh negara,” lapor presstv.ir.
Kumpulan hak asasi antarabangsa tajaan George Soros, Amnesty International pula membangkitkan tentang keganasan polis yang disifatkan kejam apabila menggunakan ‘water cannon’ dan ‘tear gas’ untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.
“Amnesty itu juga berkata dalam satu laporan pada hari Isnin bahawa 1,500 orang telah cedera dalam pertempuran dengan polis anti-rusuhan di Istanbul beberapa hari yang lalu, manakala sekurang-kurangnya 414 yang lain cedera di Ankara. Kumpulan hak asasi itu juga berkata 420 penunjuk perasaan cedera dalam demonstrasi di bandar barat Izmir, lapor presstv.ir.
Dalang menggunakan media maya untuk menyebarkan maklumat palsu berbentuk hasutan.
Polis menahan 25 orang kerana menyebarkan maklumat palsu di media sosial dan cuba membuat provokasi bantahan.
Agensi berita Anadolu berkata mereka yang ditahan di bandaraya Izmir didakwa menghasut orang ramai dengan permusuhan dan kebencian.
“Polis sedang berusaha untuk memburu 13 suspek lain kerana cuba menghasut orang ramai,” lapor Anadolu.
Penggodam pula mendakwa semalam bahawa mereka berjaya menceroboh sistem komputer kerajaan Turki dan memperoleh maklumat sulit mengenai kakitangan di pejabat Perdana Menteri Tayyip Erdogan bagi menyokong bantahan antikerajaan sejak beberapa hari lalu.
Satu sumber pejabat Erdogan mengesahkan bahawa akaun e-mel kakitangannya digodam tetapi mereka yang terjejas sudah diputuskan daripada rangkaian terbabit.
Aktivis yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous Turkey dalam satu kenyataan disiarkan melalui Twitter berkata mereka tidak menyiarkan sebarang nombor telefon dan hanya akan berkongsi kata laluan e-mel dikaitkan dengan akaun tanpa maklumat khusus.
Erdogan yang menolak bantahan dianjurkan segelintir kumpulan pelampau merujuk media sosial sebagai “ancaman paling buruk kepada masyarakat.”
Pada Isnin, penunjuk perasaan Turki mengambil jalan-jalan di bandar-bandar utama, termasuk Ankara dan Istanbul, untuk hari keempat, menyeru supaya Perdana Menteri Erdogan meletakkan jawatan.
Pada hari Ahad, beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di pejabat Erdogan di Ankara, menjerit, “Diktator, letak jawatan!” dan “Kami akan menentang sehingga kita menang,” serta bertempur dengan polis anti-rusuhan.
Badan media demokrasi Barat, democracynow.org, pula membuat liputan eksklusif tentang protes terbesar anti-Islam di Turki itu.

0 comments:
Post a Comment