KUALA LUMPUR 12 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan dua petisyen pilihan raya berasingan terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi rasuah dan menyalahi undang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu (PRU Ke13).
Pengarah Strategi PKR , Rafizi Ramli berkata, pengakuan pembelian undi jelas diakui oleh beliau (Ahmad Zahid) sendiri yang mana rakaman video pengakuan tersebut dimuat naik melalui blognya sendiri.
"Kita mendedahkan kandungan petisyen melibatkan Parlimen Bagan Datok untuk pertama kali apabila kita melihat terdapat bukti yang kukuh wujud pelanggaran undang-undang yang berlaku pada pilihanraya yang lepas.
"Segala bukti dan pengakuan itu diakui sendiri oleh Ahmad Zahid dan ia dirakam serta dimuat naik di dalam blognya sendiri, perkara ini tidak boleh dinafikan oleh beliau," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini.
Dua petisyen itu telah difailkan oleh Mahdi Hassan calon PKR di parlimen tersebut dan juga Azmi Sulaiman yang merupakan pengundi.
Jelas Mahdi, Ahmad Zahid pada 19 April lepas sebelum pilihanraya di Dewan Sanmarka di Hutan Melintang secara tidak langsung melalui individu bernama Supramaniam Ramalingam bagi pihak responden telah memberi wang tunai bernilai RM100 dan lima kampit beras seberat 1 kilogram setiap kampit.
Dalam petisyennya menyatakan responden (Zahid) telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10(a) (Bahagian III) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, di mana seseorang adalah disifatkan bersalah atas kesalahan menyogok jika beliau sebelum sesuatu pilihan raya secara tidak langsung, melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberi apa-apa wang dan balasan bernilai kepada mana-mana pemilih bagi mendorong mana-mana pemilih supaya mengundi dalam pilihan raya.
"Kita mendapat bukti bahawa dalam satu majlis di sebuah dewan yang dianggarkan kehadiran 1000 orang, Ahmad Zahid melalui wakilnya telah memberikan wang tunai RM100 dan juga lima kampit beras seberat 1 kilogram kepada mereka yang hadir.
"Ini jelas ia bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya yang bertujuan memberikan sesuatu untuk mendapat sokongan atau undi," jelasnya.
Menurut peguam Edmund Bon Tai Soon, perbuatan Menteri Dalam Negeri tersebut itu jelas satu bentuk rasuah dan melanggar akta Pilihan Raya.
“Ini sudah menjadi bukti kukuh untuk membatalkan keputusan pilihan raya,” kata Bon dalam sidang akhbar yang sama.
Sementara itu petisyen yang difailkan Azmi telah menyatakan Ahmad Zahid telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 19(1)(a) (Bahagian IV) Akta tersebut dengan membayar wang dan belanja lebih dari had maksimum yang dibenarkan iaitu RM200,000 bagi setiap pilihanraya.
Kesalahan itu telah dilakukan pada majlis Majlis Ramah Mesra Bersama Jentera BN yang berlangsung si Dewan Sasnmarka, Jlan Sabak Bernam Hutan Melintang
Dalam petisyen tersebut beliau menyatakan Ahmad Zahid telah berbelanja sekurang-kurangnya RM2.4 juta dan ia telah melebihi had yang ditetapkan di dalam akta tersebut.
Sumber: www.klpos.com
Pasca PRU-13: PKR Fail 2 Petisyen Pilihan Raya Terhadap Zahid Hamidi
In
Latest Post,
Politik
//
//
Leave a Comment

0 comments:
Post a Comment