![]() |
| Julia Gillard (kanan) diiringi Bendahari Wayne Swan (kiri) meninggalkan bilik parti selepas diumumkan kalah dalam undian kepemimpinan dengan 45 berbanding 57 undi di Canberra semalam. - Foto AFP |
Sydney: Bekas Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menyingkirkan Perdana Menteri Julia Gillard sebagai ketua Parti Buruh Australia dalam satu undian kepemimpinan semalam. Gillard akan meletak jawatan selepas pilihan raya umum September ini.
Gillard mengarahkan pengundian dibuat sehari selepas parti pimpinannya mengambil langkah menyingkirkannya berikutan ramai memilih Rudd.
Rudd menang undian Buruh itu dengan 57 undi berbanding 45, kata pegawai rasmi yang mengumumkan undian itu.
Gillard memaklumkan kepada Ketua Gabenor Quentin Bryce bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai perdana menteri esok sebelum Rudd mengangkat sumpah.
Kemenangan besar
Laporan menyatakan bahawa Bendahari Wayne Swan, penyokong utama Gillard yang juga timbalan beliau turut meletak jawatan bersama sebilangan penyokong yang tidak diketahui termasuk Menteri Perdagangan, Craig Emerson.
Suasana agak suram, kata pegawai bertugas, Chris Hayes.
Ia adalah kali ketiga sejak pilihan raya 2010 pegangan kuasa Gillard diuji.
Rudd sendiri melancarkan satu cabaran yang tidak berjaya terhadap Gillard pada awal 2012, tetapi tewas dengan 31 berbanding 71.
Bekas diplomat yang mahir berbahasa Mandarin itu menamatkan pemerintahan konservatif selama sedekad dengan mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya 2007 dan sejak itu menegaskan bahawa Gillard mendapat sokongan beliau.
Menang tipis
Pada Mac tahun ini, ahli parti Buruh Simon Crean gagal dalam cubaan untuk menaikkan semula Rudd yang enggan untuk bangkit dan berkata ketika itu bahawa beliau tidak akan mencabar Gillard dalam apa juga keadaan.
Selepas itu beberapa menteri yang menyokong Rudd meletak jawatan manakala Crean dipecat.
Sejak berkuasa, Gillard mempertahankan sebarang bentuk spekulasi mengenai kepemimpinannya. Beliau hanya menang tipis dalam pilihan raya 2010, menyebabkan parlimen tergantung yang memaksanya bergabung dengan kerajaan minorit dan bebas.
Ketika mengadakan undian, Gillard berkata beliau akan bersara dari politik jika tewas dan mahukan Rudd turut melakukan perkara yang sama jika kalah.AP

0 comments:
Post a Comment