Thursday, 13 June 2013

Ibu Rayu Farahafifah Pulang

// // Leave a Comment

Tumpat, 13 Jun - Seorang ibu merayu anak perempuannya yang berusia 17 tahun agar kembali ke pangkuan keluarga selepas menghilangkan diri sejak hampir sebulan lalu.

Gadis berkenaan, Farahafifah Daud hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Palekbang untuk ke kedai berhampiran.

Ibu mangsa, Maimun Abdullah, 57, berkata, kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu disedari selepas dia tidak pulang ke rumah keesokan harinya.

"Saya ingatkan dia tidur di rumah kawannya, tetapi selepas dia tidak pulang, hati saya mula gelisah. Jadi saya telah membuat laporan di Balai Polis Palekbang pada 14 Mei lalu berhubung kehilangan Farahafifah.
"Dia pernah menghilangkan diri sebelum ini, namun selepas dua hingga tiga hari dia pulang dengan selamat dengan memberitahu dia tidur di rumah kawan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Orang ramai yang mempunyai mengenai Farahafifah boleh menyalurkan maklumat di balai polis terdekat.

Sumber: Kosmo
Foto: Kosmo

0 comments:

Post a Comment