KUALA LUMPUR 7 Jun - Pakatan Pembangkang dijangka akan memboikot sidang taklimat Parlimen selasa depan sebagai tanda protes terhadap Barisan Nasional (BN) yang dikatakan menipu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas.
Ketua Pemuda DAP ANthony Loke berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan perkara tersebut sebagai simbolik kepada ketegasan mereka.
“Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya.
“Jadi pada ketika ini, kita rasa kita tidak perlu hadir taklimat itu… pada masa sama, kita merancang perhimpunan besar, jadi, pada masa sama, kita tidak harus hadir taklimat itu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya, Ahli Parlimen tidak diwajibkan datang pada sidang taklimat tersebut dan ianya tidak menjejaskan kedudukan mereka sebagai ahli Dewan Rakyat.
Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban walaubagaimanapun menjelaskan tidak akan memboikot sidang parlimen bagi penggal pertama pada 26 jun ini.
Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Strategik PKR dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli turut menyatakan hasrat sama untuk memboikot sidang taklimat parlimen.
“Kita juga tidak mahu memberikan peluang kepada BN untuk mengubah maksud dan berkata PR menentang penipuan dan membawa bukti kepada orang awam, kami juga bersemangat untuk menjadi ahli Parlimen.
“Tetapi bagaimanapun, ia hanyalah taklimat pentadbiran… tumpuan kami adalah melawan penipuan untuk reformasi sebenar dalam sistem,” katanya.
Sumber: www.klpos.com
Anthony Loke : Pakatan Rakyat Akan Boikot Taklimat Parlimen
In
Latest Post,
Politik
//
//
Leave a Comment

0 comments:
Post a Comment