Selepas pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini, peminat dunia hiburan dikejutkan pula dengan pendedahan Noor Farhan yang mengatakan beliau telah didera secara mental dan fizikal oleh bekas isterinya, Abby Abadi.
Dalam pendedahan itu juga, Noor Farhan turut mengemukakan bukti bergambar & juga laporan polis berkenaan keganasan domestik yang dialami beliau sejak Januari tahun ini.
Abby Abadi tidak menunggu lama untuk memberikan kenyataan balas dan dalam tulisan terbaru beliau di Instagram, Abby mendakwa yang 95% kisah disampaikan Noor Farhan merupakan rekaan belaka selain mendakwa sudah terbiasa menipu.
“Setiap kali ada yang tidak kena, gaduh bukan hendak selesaikan (malah) larikan diri. Saya ajak bincang, taknak alih alih untuk yang terakhir kali ini keluar cerita begini Sejujurnya cerita rekaan ini tidak terjangka dek akal saya. Hampir 95% cerita itu direka semata”
“Tak sangka cubaan dia mengaibkan saya sejauh ini. Untuk sahabat diluar sana, anda boleh baca, boleh dengar sahaja apa yang dia kata, tetapi percaya jangan. Sebab dia memang sudah terbiasa menipu. Jangan tokok tambah cerita, kalau tidak tahu lebih baik diam saja”
“Belum selesai lagi. Banyak episod lagi. Tunggu tindakan saya seterusnya di mahkamah nanti & saya terima takdir ini sebagai ujian untuk saya,” tulis Abby Abadi.
Disamping itu juga hari ini Abby Abadi telah berkongsi satu SMS menunjukkan yang Farhan meminta maaf atas apa yang terjadi selain menafikan beliau yang menyebarkan gambar dan mendakwa didera. Dalam SMS itu, Farhan mendakwa Media menokok tambah ceritanya didera oleh Abby Abadi.. Eh?
Sepatutnya kisah silam Abby Abadi dan Farhan tidak harus dipanjangkan lagi. Sekiranya perkara ini dibawa ke mahmakah nescaya banyak lagi cerita-cerita dalam selimut rumahtangga mereka aka terbongkar kepada umum.. Panjang ceritanya nanti. Apa kata mereka berdua duduk berbincang dan selesaikan seperti seorang dewasa.
Sumber
Read More